NOTA
1) Maklumat WTD yang terdapat dalam laman portal JHEV ini merangkumi wang-wang yang dikembalikan oleh bank atau agensi-agensi luar disebabkan oleh perkara-perkara berikut:
a. Lebihan potongan pinjaman perumahan oleh LPPSA;
b. Akaun bank tidak aktif/tutup/tidak sah;
c. Pencen Skim B yang telah luput kerana tidak ditunaikan di bank dalam tempoh 3 bulan; atau
d. Cek/waran yang tidak ditunaikan dalam tempoh 3 bulan

2) WTD boleh dituntut pada bila-bila masa oleh pihak yang mempunyai hak ke atas wang tersebut.

3) Bagi tujuan permohonan tuntutan WTD, dokumen-dokumen bagi veteran/waris yang layak seperti berikut perlu dimajukan kepada JHEV ATM :
a. Salinan akaun bank perseorangan yang aktif
b. Salinan kad pengenalan baharu
c. Buku pengesahan perkhidmatan (bagi veteran tidak berpencen sahaja)
d. Sekiranya penerima diisytiharkan bankrap, perlu mendapatkan surat pelepasan Sijil KPI daripada Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) atau Surat daripada Peguam yang menyatakan status kebankrapan.
e. Sekiranya penerima telah meninggal dunia, waris yang ingin menuntut perlu mengemukakan sijil nikah (bagi balu) atau sijil kelahiran (bagi anak), beserta borang akuan sumpah yang ditandatangani di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.
f. Cetakan senarai WTD pada portal JHEV

4) Maklumat yang dipaparkan pada portal JHEV dikemaskini dari semasa ke semasa. Maklumat ini adalah masih tertakluk kepada semakan kelayakan oleh Unit Inspektorat JHEV. Permohonan tuntutan mungkin akan ditolak sekiranya penerima didapati tidak layak menuntut.

5) Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, sila hubungi Unit Inspektorat di talian 03-2050 8141/ 8140/ 8138 atau Unit Akaun di talian 03-2050 8070/ 8080.

6) Adalah dimaklumkan bahawa sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, dokumen permohonan yang diperlukan bolehlah dikemukakan ke alamat emel seperti berikut : jhev.akaun@mod.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2021 Bahagian Pengurusan Maklumat. JHEV
Paparan terbaik dengan resolusi 1024 x 768 dan ke atas